~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

12 July 2013

Usrah, Ramadhan dan Mesir




KETIKA CINTA BERUSRAH

hadirnya mereka bersama senyuman,
semerah delima, sungguh menawan.
hadirnya mereka bersama buku di genggaman,
ilmu didada menjadi pedoman.
naqibahku tersenyum riang.
adik-adiknya datang dengan berteman.


seputih melati,
niat mereka murni.
usrah mereka di isi,
makanan rohani dan jasmani.
bekalan duniawi dan amalan ukhrawi.

disini riang bersama putih putih melati,
disana syahdu merah merah delima.
hati berdarah, menangisi..
Mesir bumi bergolak.
Islam ditolak? 

Liberal dan konservatif benarkah menjadi pilihan?
putih putih melati, merah merah delima, siapa yg buat Allah sakit hati (simbolik kpd marah) , pasti dia kan merana!


Ramadhan telah memasuki fasa untuk mencukupi sepurnama,
bulan ibadah dan lambang Kesatuan.
Bulan Allah yg penuh keberkatan.
wehdatul amal memang tiada kesangsian,
namun fikrahnya tetap menjadi persoalan.
apatah lagi nasib rakyat Mesir yg dipertaruhkan,
akibat kerakusan manusia semesta alam.

Alangkah kejam, Parti yg memperjuangkan Islam ditolak, dan Konservatif serta Liberal cuba diangkat. Wahai tentera, sudah gilakah kamu? Sungguh, Morsi diangkat atas nama democracy. Undi sahajalah untuk tidak mempercayainya. Hodoh benar perangai Ummat Islam yg rakus.  mengapa mesti dirampas kuasa yg diberikan sedemikian rupa. 


Usrah tempat kita berbincang.
mencerna fikiran membuah amalan,
urusan dunia dan akhirat tiada ketinggalan,
kerana ia urusan insan.
tiada istilah menjaga tepi kain orang,
kerana niat untuk kesenangan mendatang.
mejaga setiap urusan dianugerahkan tuhan.

hidup hanya dua kali. 
hargailah yg pertama ini,
kerana yg kedua nanti,
ibarat hari tuaian padi.
buruk amalan,
ke nerakalah nanti.




Nurul Huda Mamat, 
Kg.Kubang Bongor,
Kota Bharu Kelantan
13 July 2013.