~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

29 January 2013

Just a beginning.

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segala puji Allah tuhan sekelian alam..

Hari yg berlalu mungkin membawa seribu duka,yang mendatang hadapilah dengan semangat yg positif. Kita mampu mengubah.Usaha, doa dan tawakal.

Walau jatuh, selagi bernyawa bangkitlah. Bangkit dan terus berjuang. Telah kita pelajari, yg lepas itu jadikan pengajaran.Jadikan iktibar. Jadi mengapa masih perlu berduka?

Amalkan cara ini untuk menjadi seorang yg positif:
Pertama: Buang segala pengaruh Negatif

1) Elak pengaruh negatif
2) Gantikan pemikiran negatif menjadi positif
3) Senyum
4) Berikan masa kepada diri anda untuk mengecas semula semangat. (self thought, self reflection,relax)

Kedua: Bergaul dan sentiasa bersama dengan  orang dan suasana yang membawa pengaruh positif

1) Gunakan Law of Attraction (mengamalkan apa yg patut pada masa yg tepat spt membantu orang yg memerlukan)
2) Join aktiviti yg sihat
3) Berjemaah
4) Fokus dan berusaha menjadi orang yang berfikiran positif
5) Optimis (peganglah kata-kata yang menguatkan diri anda)
-How wonderful is that nobody need wait a single moment before starting to improve the world- Anne Frank
6) Bayangkan anda adalah seorang yg Positif dan anda sukakan gaya hidup anda sekarang
7)Teruskan dan Mulakan hari anda dlm keadaan begitu

Ketiga: Kenal pasti masalah dan set matlamat

1) Akui masalah yg ada, dan selesaikannya
2) Set target anda, dan usaha kearahnya
3) Dapatkan komentar untuk terus maju
4) Jangan takut dengan kegagalan
-
Sumber asal: http://www.wikihow.com/Be-Positive



“You can never cross the ocean unless you have the courage to lose sight of the shore.”
Christopher Columbus

“Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall.”

Confucious

“Don’t wish it were easier, wish you were better. Don’t wish for fewer problems, wish for more skills. Don’t wish for less challenges, wish for more wisdom.”

Earl Shoaf

21 January 2013

Hidayah i

Aku jatuh cintakah?

Bismilahirrahmanirahim
Allahummasolliwasallim a'ala sayyidina Muhammad.

Hatiku resah.. Fokusku terganggu. Tenangkanlah aku ya Rabbi.
Perjalananku masih panjang. Matlamatku masih belum tercapai. Benarkah rasa ini? Jauhkanlah ia dr hatiku andai ia adalah palsu. Bantulah aku ya Rabbi. Jauhkanlah ia dari bersarang dihatiku andai dia bukan untukku. Jauhkanlah ia dari hatiku andai dia akan merencatkan perjuanganku membela agamaMu. Janganlah dia dan aku menjadi fitnah kepada agamaMu ya Rabbi. Aku tak sanggup melacurka perjuangan ini kerana cinta pada manusia.

Hidup ini makin singkat. Moga kami makin dekat kepadaMu juga Ya Rabbi. Moga kemenangan Islam juga semakin hampir. Moga apa yg kmi usahakan diberkati. Semoga disebaliknya syurgaMu menanti kami. Kami cinta pada agamaMu. Kami sayang pada agama Islam ya Allah. moga amal kami adalah saham, bukan liabiliti.

Wahai cinta akan manusia, engkau adalah fitrah. namun jika benar engkau adalah yg terpilih, Moga Allah mempermudahkan bagiku. Akan ku sambut cinta itu. Namun , jika ia bukan, ia adalah palsu, Ya Rabbi, jauhkanlah.jauhkanlah,jauhkanlah ia dari hatiku. Damaikanlah hatiku. Tuntunilah aku. Fokuskan aku pada memperjuangkan agamaMu.

Damailah hati, cinta itu fitrah insani. pasti akan datang mengetuk hati.dasarilah dengan iman dan keyakinan. Pasti keberkatan kan datang.

Aku jatuh cintakah??
Allah, Ya Hanana..
Innal habibal mustofa, zu ro'fatin wazu wafa..
wazikruhu fihi syifa' iza tamada bil'ilal..

01 January 2013

Perjuangan ii


Hidup Bukan Sekadar Hidup
Kehidupan sbagai seorang mahasiswa  bukan sekadar pelajar institut pengajian tinggi. Mungkin ramai berpendapat, kalau dah status pelajar, so fokus belajar sudah. Jangan buat perkara yang bukan “interest” kepada status. Maaf, pendapat ini tidak dapat ku terima pakai. Setiap insan, padanya suatu tanggungjawab yang tiada pernah dia dapat lupakan ataupun tinggal sebentar. Dan status yang setiap insan pegang mengikut level penghijrahan adalah tugasan/tanggungjawab tambahan. Mahu atau tidak, ia tergalas dibahu setiap insan, dan mahu  atau tidak, wajib keatas setiap daripada kita untuk melaksanakannya.

Seorang individu sedari kecil telah menerima tanggungjawab. Tugas sebagai anak. Norma kehidupan, kita wajib membantu ibubapa kita. Mereka mendidik, memberi ilmu, menghabiskan wang yg bnyak untuk membentuk kita. Andai kita disisi mereka, banyak tanggungjawab kita mesti laksanakan. Contohnya membantu merungankan beban mereka seperti membasuh kain, memasak dan sebagainya. Menjaga dan merawat mereka ketika mereka kurang sihat juga menjadi suatu tanggungjawab kita. 

Namun, jarak jauh menyebabkan tanggungjawab kita sedikit terhakis. Kita tidak dapat memasak atau membantu mengemaskan rumah. Bahkan, ia tidak menghalang kta dari mengambil berat akan kebajikan mereka. Kebajikan bukan hanya menghulurkan duit. Namun satu panggilan telefon untuk bertanya akan khabar mereka juga merupakan kebajikan. Kita menjaga hati mereka dengan menunjukkan ingatan kita padanya. Mungkin bagi sesetengah anak, mereka suka meluahkan perasaan mereka pada teman dan ibubapa. Menceritakan masalah dan kegembiraan mereka. Namun pernahkah mereka mendengar luahan perasaan ibubapa mereka? 

Ibuku bukanlah orang yg mudah meluahkan perasaan. Namun aku dan keluarga biasanya mampu meneka perasaan ibu. Namun bila jarak jauh memisahkan kami, ia membantut aktiviti antara kami. Kami tidak mampu untuk meneka. Makaj jalan ku ambil adalah berterus terang. Akan ku telefon dan bertanya andai Ibu ada masalah. Akan ku baca suaranya. Kerana ku tahu ibuku bukan seorang yg mudah meluahkan perasaan, maka akulah akan memulakan  perbualan untuk membuatkan dia meluahkannya. Aku tidak mahu dia terbeban dan memendam rasa sendirian. Sungguh, ibu tunggal yg mempunyai ramai anak pasti akan terasa keseorangan bila anaknya tinggal berjauhan. Maka, sebagai pelajar, tanggungjawab aku  sebagai anak tiada pernah padam.

Andai anda telah berkahwin, tugas anda sebagai anak juga tidak berhenti. Malah, bertambah pula peranan. Anak, isteri dan pelajar.
Human are social being. Or some psychologist said, Animal being. Ia membawa maksud manusia itu fitrahnya inginkan kepada orang lain. Untuk hidup secara berkumpulan (society/jemaah). Justeru, sebagai ahli kepada sebuah masyarakat kita juga mempunyai peranan sendiri. Sebagai jiran, sebagai adik/abang, cikgu, rakan dan sebagai rakyat. Semuanya mengikat diri ita kepada suatu tanggungjawab. Sebagai pelajar, tugasan ini tiada hilang atau terlepas. Namun, ramai mana melupakan tangungjawab ini. Mereka bukan mementingkan diri. Tapi mereka lupa atau ada yang tersalah anggap tugasan mereka juga bertanggungjawab keatas perkara ini. Kenapa? Disebabkan mentaliti yg ditanam oleh segelintir pihak yang jahil tentang betapa luasnya “power of man”or “responsibilities of man”, maka lahirlah pelajar yang bermentaliti sebegini.
Namun, apa yang saya ingin kembali kepada asas perjuangan kita sebagai seorang Muslim. Apakah tanggungjawab kita? Adakah ianya terhenti bila mana kita bergelar pelajar? The more you learn about something, the more you are prevented from practicing it, is this right? Of Course u would disagree. Then,  semakin banyak kita pelajari, semakin banyak tanggungjawab kita. Itu baru betul. We are the agents of change. So, nampak tak “interest” yang seringkali dianggap sebagai bukan “interest” oleh segelintir pihak adalah sebenarnya “interest” pada kita???

Mencegah perbuatan mungkar adalah tanggungjawab individu. Maka ia tiada pernah henti. Andai mahasiswa turun ke jalan untuk mencegah kemungkaran selepas usaha yang murni disalah tafsir dan ditolak oleh sesetengah pihak ketika mana ia jalan terbaik, maka ia dibolehkan. Tapi, mestilah maslahah yang lebih besar perlu diambil kira kerana turun ke jalan ada risiko/mafsadah juga. 
(Statement ini berkait dgn Fiqh, andai salah, sila betulkan.saya masih belajar)

Seorang pelajar juga mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan ilmunya.  Mereka bertanggungjawab untuk mengeluarkan masyarakat yg masih tidak menerima cahaya dr kegelapan. WAJIB. Malah, keatas mereka suatu tanggungjawab untuk bersama membimbing masyarakat kearah yang lebih baik.Maka, bertebaranlah mahasiswa mengikut jalan pilihan mereka:

*ada yg memilih masyarakat orang asli untuk bersama, (menyampaikan Islam)
*ada yang memilih adik-adik sekolah, (Menitik beratkan Akhlak dan Islam) *masyarakat umum, (pendidikan, akhlak dan ibadah,peka dan sbginya) *berdamping dengan organisasi tertentu (Mercy, MuslimCare, Majlis Fatwa, Pas, Jim, IKIM, tv Al-Hijrah dsbginya)

Allah said: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya, bahawa ia menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan; dan untuk merasakan kamu sedikit dari rahmatNya, dan supaya kapal-kapal belayar laju dengan perintahNya, dan juga supaya kamu dapat mencari rezeki dari limpah kurniaNya; dan seterusnya supaya kamu bersyukur.    Ar-Rum: 46

(kita Ada Allah, and He gives us Hikmah(wisdom). We have Allah apostle (Rasulullah SAW), and he left us his sunnah. We can learn from them)


Tujuannya hanyalah satu, membimbing segenap masyarakat kearah yang lebih baik. Down to earth (mendekati masyarakat) mempersiapakan para pelajar dengan “EXPERIENCE”. Ianya adalah proses “learning” (pembelajaran). Apa itu learning?

Mengikut pakar psychology, “learning” ada dua definition.
1.        A long term change in mental representations or associations as a result of experience.(consensus of opinions of most psychologists)
2.        A change in behavior rather than a mental change.(Behaviorist, who tend to charge something based on outward behavior)
Islam bagaimana pula? Dari pendapat saya, we may learn something from both.
1.        It can occur just by reflection, and
2.        Practices/ experiences.
3.        Guide

Dan sesiapa yang Yakin dengan Allah, Allah pasti pasti bersamanya. Semoga kalian dapat apa yg saya nk sampaikan. 
Sebagai khulasoh, Allah tahu apa yang terbaik buat hambanya. Maka Dia menuntuni gerak hambanya yang memintadaripadaNYA. Di bukakan hati melihat betapa luasnya ilmu Allah, betapa banyaknya tugas sebagai KHALIFAH dimuka bumi ini. Status PELAJAR tidak menanggalkan status kita sebagai KHALIFAH mahupun Status kita sebagai MUSLIM DAN MU’MIN. Rasulullah telah meninggalkan dua perkara, KitabAllah dan Sunnahnya. Ia sebagai panduan hidup sebagai KHALIFAH..  Dan sebagai orang yang berilmu (ulama’) dalam pelbagai bidang, kitalah PENERUS PERJUANGAN RASULULLAH YANG DITINGGALKAN. Kita bukan pemula, dan bukan juga Pengakhirnya. Maka sedarlah, dan selamilah, apakah Tugas yang tergalas di bahu kita SECARA HAKIKATNYA.  BarokaAllahu fikkum jami’an.


Nurul Huda Mamat
*Psychology*IIUM(UIAM)*Malaysia* Maa’ruf Club* Hamba Allah yang serba kekurangan*