~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

31 May 2012

R.I.S.A.U dan R.I.N.D.U..

Mum, i miss u so much. Truly miss u mum. I wish i can be with u now.. taking care of you.. Serve u anything u need.. Mum, the distance between u and me, never erased my love to you.. U r always in my heart.. I wish  i can be with u. Stay beside u..i love yo mum..i love u..

Regards: Nurul Huda Mamat

30 May 2012

I Love You

Aku belum pernah bercinta. Maka aku tidak mahir untuk menjiwai watak orang yang pernah bercinta. Namun aku ingin memegang watak orang yang sedang bercinta. Maka aku mula mengarang.Aku jatuh cinta..yeayyyyy..

. C . I. N . T . A .
Aku ingin menjadi timba. Aku tidak mahu menjadi perigi. Aku percaya, ramai bersetuju denganku.(Kan gadis-gadis? Haha ) Aku minat dia. Tapi aku tidak tahu dia minat aku. Orang ada berkata, kalau kita hendakkan sesuatu, kita kena berkorban. Aku ke dia yang patut berkorban?
Aku memutuskan, kalau kami berjumpa di PWTC hujung minggu ni, mesti kami saling menyukai. (aduih, ade gak orang macam ni..kelakarnya..)
            Hari Ahad, aku bersiap-siap untuk ke PWTC. Aku pilih baju kurung kain kipas dibelakang.  Teman sebilik memuji penampilanku. Cantik. Aku tersenyum. Aku touch up sedikit bibirku yang sedia pink dengan lip ice colour. Hari ini, aku memilih cermin mata tiada bingkai. Orang kata, aku lebih cantik memakai cermin mata tanpa bingkai. Aduh, aku tiada bedak. Sebenarnya, aku sudah lama melupakan bedak. Allergic. Aku melihat diriku di cermin yanG lebih besar dari diriku. Aku tersenyum. Cantik. Gigi putih, kulit tidak berminyak dan bebas jerawat. Tudung berwarna jingga ku kenakan. Labuh. Aku kan Muslimah.
            Siap bersiap, jam casio biru ku kerling. Aduh, aku sudah lambat. Sandal jenama Crocodile aku sarungkan ke kaki ku dan terus berlari anak. Hari ini bas tidak masuk kawasan penempatanku. Aku harus berjalan kaki sejauh 500 meter dahulu sebelum dapat menaiki bas. Sebelum keluar, aku ke kafe untuk untuk membeli alas perut supaya aku tampak segar dan berkeyakinan nanti untuk bertemu si dia. Teh ais dan sandwich menjadi pilihanku pagi ini.
            Sampai diperhentian bas, kawan-kawanku memuji penampilanku. Aku tersenyum sipu. Bas yang ku tunggu datang dua puluh minit kemudian. Kad Rabbit aku sudah tidak banyak nilainya. LRT Masjid Jamek menjadi destinasiku untuk menambah nilai kad. Tidak lupa, aku turut mengeluarkan sedikit wang. Tidak mahu malu nanti bila berhadapan dengan si dia tanpa wang.  Wang kan adalah sangat bernilai.Silap hari bulan, boleh membeli manusia. Zaman sekarang sudah tidak pelik. Aku harus menjaga diriku sebaik mungkin. Dari MJ, aku ke PWTC. 
Ramai la pulak hari ni. Aku menjadi gelisah. Takut andai si dia tidak ku temui. Habislah jodohku. Aku membetulkan tudungku sebelum melangkah kaki menyusut ke dalam lautan manusia. Bergerak dari satu kedai kedai dengan penuh sabar. Aku tekad, kalau pukul dua dia tidak ku temui, aku akan balik. Tiga jam cukup bagiku untuk mencari. Masih banyak perkara yang harus ku lakukan. Setengah jam mencari, dia kelihatan. Wah..
Aku tersenyum gembira. Mengoda pun mungkin juga. Hatiku berbunga riang. Ditepinya ada pemuda yang sangat kacak. Melihat dari raut wajahnya, aku kira dia dari Turki. Kanannya ada pemuda cina. Aku menapak masuk kedai dihadapan dia malu-malu.  Suara adik Muhammad kedengaran. Enak benar dia mengalunkan ayat suci Al-Quran. Damai. Membuatkan aku terasa tenang.
 Aku berpaling melihat si dia. Dia nampak sangat tenang. Aku menjadi gelisah kembali. Kawanku yang datang bersama sudah kehadapan. Lantas aku menyusul mereka dan menarik mereka agar menemaniku ke kedai si dia. Senyumanku langsung tidak lekang dari mulut. Aku terasa di awang- awangan. Arghh..
Aku makin hampir. Tibanya ku disana, aku memegangnya. Aku rasa dunia ni aku yang punya. Aku terus memeluknya. Sudikah dikau menjadi milikku? Aku sudah tidak tahan lagi. Namun tiada jawapan ku peroleh.
Malu menyerbu. Laju ku meninggalkannya. Namun tidak jauh. Aku kembali semula. Memeluknya semula. Dan terus membuat pembayaran. Dia kini milikku..
Tadaaa..
Rm 60, sangat best. less 50% during Pesta Buku di Pwtc.
TGNA..

ngee.. berposing di dpn dewan Karangkraf..Jumpa dgn H.M Tuah Iskandar..

Sempat mendengar Kump.Dhuha membuat persembahan dan melancarkan album mereka :)

Nurul Huda Mamat
30/5/2012

28 May 2012

Ibadah

Bismillahirrahmanirrahim..Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Umrah merupakan salah satu ibadah yg amat digalakkan kepada Ummat Islam yang mampu. Umrah bermaksud menziarahi Baitullah pada bukan musim haji dan niatnya adalah untuk menjalankan ibadah tertentu dengan syarat-syarat tertentu.






Zaman moden ini, kebanyakkan perkara memerlukan duit..Zaman ini, terlalu sukar bagi kita untuk mencari benda yang percuma, malah untuk menggunakan tandas awam pun kita harus membayar RM 0.20. Umrah juga mungkin tidak akan terlaksana tanpa pengeluaran wang. Bagi warganegara Malaysia amnya. kita harus melaksanakan hampir RM10K bagi merealisasikan impian  untuk ke Mekah. Bukan sedikit wang,tapi banyak.. Namun.ibadah hanya kerana Allah ini tidak membantutkan semangat Ummat Islam untuk terus melakasanakn Umrah mahupun haji.

Terasa bersemangat.. Aku ingin ke kesana..Aku ingin ke Tanah Suci.. Ya Allah, permudahkanlah jalan ku untuk kesana..Ameen..Moga aku bisa kesana sebelum mata ku terpejam lena, kembali kesana..Ameen..


< Karya ini Bukan saya punya:saya share untuk peringatan bersama sahaja ;) >

"Krisis!"

"Krisis?"

"Krisis makanan kita makin teruk!"

"Kenapa? Produktiviti kita berkurang?"

"Ya! Tanah kita subur. Tetapi, kita kekurangan tenaga untuk mengusahakan hasil makanan kita!"

"Mana mungkin kita kekurangan tenaga! Populasi kita 28 Juta. Sepatutnya kita punya banyak tenaga kerja!"

"Datanya begitulah. Tetapi, manusia bukan robot. Mereka punya cita rasa. Rakyat kita punya cita rasa."

"Maksud kamu?"

"Rakyat kita punya cita rasa melebihi keperluan asas seorang manusia!"

"Kemewahan?"

"Tepat! Industri pertanian yang menyediakan keperluan asas pada mereka diabaikan. Sektor perindustrian yang melengkapkan keperluan asas juga tidak banyak mereka ceburi. Mereka beralih kepada industri populis. Industri yang tidak mengeluarkan produk nyata."

"Nyanyian? Lakonan?"

"Tepat! Dan peralihan ini menyebabkan kita berada dalam krisis! Krisis makanan! Krisis pembangunan! Pembangunan jasadiah kita gagal berkembang. Rostow dalam teorinya, menyatakan pada peringkat ketiga iaitu take-off, sekurang-kurangnya mesti ada suatu sektor perindustrian yang berkembang dalam negara. Ini adalah prinsip pembangunan sesebuah negara."

"Tetapi, mereka menjual servis itu ke luar negara dan mereka punya pendapatan yang tinggi! Itukan matlamat kita? Matlamat negara berpendapatan tinggi!"

"Tuan, Adam Smith dalam The Wealth of Nation menegur, kerjaya peguam, penyanyi, mereka tidak menghasilkan sesuatu produk yang bersifat nyata, sebaliknya bergantung kepada pendapatan hasil daripada golongan yang berkhidmat dalam produk nyata seperti nelayan dan petani. Saya tidak ada masalah untuk peguam atau akauntan yang bekerja, masalah sekarang adalah kehendak rakyat untuk menjadi penyanyi dan pelakon telah menyebabkan peralihan cita rasa terhadap pekerjaan itu berubah, dan ini adalah satu perkara yang membimbangkan! Kalau Tuan mahu bicara tentang berpendapatan tinggi, mereka ini memperolehi pendapatan melebihi lima angka, dan tugas mereka hanya menghiburkan orang. Sedangkan, Ibnu Khaldun, yang disebut Boulakia sebagai Father of Economics, menyatakan saat permulaan kejatuhan sesebuah empayar adalah apabila fokus sesebuah pemerintahan dimulakan dengan penekanan pada kerjaya penyanyi dan hiburan."

"Salah siapa?"

"Ini bukan soal salah siapa! Ini soal kita ada kuasa! Kita perlu lakukan sesuatu untuk mengubah trend ini. Publisti yang melampau terhadap industri hiburan melemahkan faktor manusiawi dalam ekonomi. Tuan pasti mempelajari al-Ghazali dan Shatibi dalam persoalan maqasid. Mereka beralih pada Tahsiniyat, sedangkan soal Dharuriyat belum diselesaikan. Kemiskinan kota, kemiskinan luar bandar, soal pendidikan yang komprehensif. Kita harus bangunkan semula. Apa tuan mahu cucunda Tuan terperangkap sama dengan trend semasa?"

"Pasti tidak. Tetapi, kalau ini yang kita lakukan, kita terpaksa berperang. Berperang dengan trend mereka. Kita terpaksa bayar dengan harga yang tinggi. Mungkin kekalahan dalam pilihan raya. Mereka mungkin berfikir kita mengambil aliran Mao Zedong dan Karl Marx, yang mempamerkan kerajaan sebagai kuasa pemutus!"
 

"Dan Tuan tidak percaya, kita punya ramai yang sealiran dengan kita? Bukankah tugas pemerintah itu adalah memastikan keadilan untuk semua. Apabila rakyat terhedonis, mereka khayal. Candu hedonis itu membunuh jiwa mereka. Mereka akan lemah, lantas mereka akan jadi bangsa tertindas. Ini soal masa depan mereka. Jangan tuan terpengaruh dengan idea Sophist zaman Socrates. Manusia adalah subjek yang menentukan baik dan buruk untuknya berdasarkan pandangannya sendiri. Manusia harus menentukan baik dan buruk berdasarkan ilmu yang benar. Melalui perbincangan. Melalui penerangan. Melalui pendidikan. Kalau Tuan berfikir untuk memaksa, kita perlu ada mekanisme yang lunak, supaya polisi ini dapat dilaksanakan!"

"Kumpulkan kesemua memanda menteri, kita punya urusan penting untuk dibincangkan!"

"Baik Tuan!"




(Ayuh sama-sama kita renungkan. Personaliti tidak dibina dalam sehari.Andai Pemuda-pemudi hari ini terus dibentuk dengan budaya hedonisme melalu "modelling" terbuka di medai massa secara melampau, nescaya mereka tidak akan mampu untuk memperjuangkan Islam yang sebenar pada zaman mereka. Bagaimana mereka dididik pada hari ini, itulah yang akan menjadi garis panduan buat mereka satu hari nanti. Personaliti bagaimanakah yang kita ingin lihat pada pemimpin masa hadapan? jika kita terus complacent dengan cara yang kurang sihat untuk "intellectual serta rohani" yang cuba dibudayakan dalam Malysia pada hari ini, maka tunggulah saat kejatuhan. Jika rosak akhlak sesuatu kaum, maka akan jatuhlah bangsa itu")

Wallhua'lam.
Nurul Huda Mamat


Rice Mandy and nama apa tah ayamnya..semua disatukan dalam satu pinggan. Barbosa di sini x best..

Dinner PGG

Santai bersama kawan-kawan "Nilai"

Pikah, Dibah, Husna and Yam..

Mee Cantonese Asiah

Kelas arab..xleh fokus dah.lama sangat rasanya kelas ni hari ni..

Afifuddin,time midbreak.

saya dah siap ustaz...(selalu buat kerja rumah jadi kerja "sekolah" hehe)

Kelas ganti pd waktu malam.Berpeluhhh..aircond malam  ni slow sangat..

Duduk Bantah, CM

KLCC,
Best room Competition, x sangka menang..lalala~
Spagetti goreng with barbosa..hurrmm.x sedap...Mama Mia still the best..

Tetiba rasa nk letak gambar..huhu

27 May 2012



Jangan biarkan mereka terus dhaif


Angin menyapa lembut diwajah itu,
nyaman terasa..sejuk
SubhanAllah..alhamdulillah
keranaMu, aku dapat lagi merasai nikmat ini.

Nun jauh disana,
tanah lumpur dijadikan gandum.
namun disini, mewah berkeju
berbaki tiada siapa yang mahu, muak..

dia telah pergi.
namun kami masih disini,
ada yg terlantar kesakitan,
ada yg terkinja-kinja,melepaskan perasaan
ada yg berteleku mengadap tuhan..
yang manakah diri kita?
yang alpa mahupun  yang buta?
atau, yang sedar dan berusaha selagi ada masa?

maka Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan?


(Terlupa sudah sajak ini dinukil oleh siapa..)
Sungguh, nukilan ini sangat bagus. Menyelinap masuk kedalam kalbu. maka Nikmat Tuhan yang manakah yang kamu dustakan? Apakah kita bias mendustakan segala nikmat yang kita kecapi? Melihat yang lelah disana menyayat hati,apakah langsung tidak meninggalkan kesan dihati?
Pandang sahaja di Kuala Lumpur, dihadapan Stesen Bas Pudu Raya, ramai yang homeless disana. Ada yang geli, jijik dan takut melihat mereka. Namun, cuba kita fikir,berapa ramaikah yang berasa kasihan pada mereka?


Tiada pernah mereka meminta untuk memiliki nasib sebegini.  Mungkin kerana kegagalan, dan ditakdirkan ini ujian buat mereka. Namun, saya percaya, ia juga adalah ujian buat kita. Ujian yang dekat, namun masih terlepas pandang. Teringat pada suatu isu baru-baru ini.
Ramai pihak tampil memberi bantuan buat mahasiawa yang berkhemah di Dataran Merdeka. Ramai juga memberi semangat kepada mereka untuk terus berjuang. Namun berapa ramai yang tampil memberi semangat  kepada insan-insan yang homeless ini? (Saya tidak mempersoalkan isu PTPTN disini, harap maklum).
Masih dalam ruang lingkup kebersamaan. Banyak kajian menunjukkan altruism  banyak disebabkan “ close relationship”. Maka atas dasar saudara seagama, ingin ku persoalkan pada diri, apakah yang bakal kulakukan nanti bagi mereka? Aku tidak ingin suatu hari nanti jika Malaysia mencapai tahap Negara berpendapatan tinggi, fenomena ini masih berlaku terutama di bandar utama Kuala Lumpur.

Apakah kita tidak malu dengan kegagalan kita untuk membantu insan-insan sebegini sedangkan “kita” dengan megahnya menghabiskan berjuta ringgit untuk “membantu”  dan memberi motivasi  serta pengisian rohani  kepada anak muda dengan  mengundang K-Pop, dan artis-artis ke Himpunan Sejuta Belia 2012.
Himpunan Sejuta Belia 2012


Pelbagai alternative lain yang lebih baik boleh diambil namun itu pilihan “mereka”. Mengapa tidak diajak belia-belia negara untuk membantu golongan homeless ini?  Apakah kita gembira bila mana negara kita terkenal di persada dunia, namun fenomena homeless masih banyak di Malaysia?

Akhir persoalan, apakah kita akan hanya mengambil cakna hanya ketika mana pihak Gereja mula keluar membantu mereka??

Bukan aku ingin mencetus sesitiviti agama, namun apa yang ku ingin adalah, kebersamaan dalam isu-su masyarakat. Sungguh, golongon ini selalunya kurang bernasib baik. Hidupnya terhimpit, dhaif dan segala macam lagi. Apakah ia harus dibiarkan? Walaupun BERSAMAMU tidak menyiarkannya di TV3, kita wajib bersama mereka. Membantu atas nama keperihatinan kita terhadap insan yang lain. Jangan kita hanya memandang sebelah mata dan waktu mereka terlalu terdesak dan melakukan  pencurian, kita tampil mengecam mereka semahunya.

Wallahualam
Nurul Huda Mamat
 
~Membukti cinta yang bukan hanya pada kata
Tetapi keimanan yang meggerakkan anggota~

25 May 2012

AFRAID TO READ by

DAWUD WHARNSBY ALI

How many words she’s read before, she’s consumed two thousand books or more.
Musty pulp and glue soundproof her tiny room.
She cannot understand why this book in her hand
fascinates her now so much that she’s almost shy to touch.
“Don’t think about the words it’s just a book - paper and ink”
She reaffirms, remind herself, “a book can’t dictate what to think.”
It invites, intrigues her more than others on her shelf
“Is it just another book?” - she sits questioning herself.

Oh Allah, she’s so afraid to read,
the wisdom that’s revealed may burrow in her mind
She’ll be obliged to admit,
She’ll be obliged to submit
But will she be strong enough to live the truth she finds?
Oh Allah, she’s so afraid to read.
The hall light is always on every night that he is gone.
He hears his mother toss in bed when he slips in at dawn.
In the book case by the stair, he can see it sitting there
like a waiting watchful wise-man scolding him with care.
In the morning will they fight about him being out all night?
Will he resent their gift of love and not admit that they are right?
All he wants is to fit in some place, but must he compromise his faith?
He can’t look himself or his parents in the face.
He takes the book upstairs unread and sets it closed next to his head
then counts the prayers he’s missed and lays so hopelessly in bed.

Oh Allah, he’s so afraid to read,
the wisdom that’s revealed may burrow in his mind
He’ll be obliged to admit,
He’ll be obliged to submit
But will he be strong enough to live the truth he finds?
Oh Allah, he’s so afraid to read.

I sent an email to my loved one, just the other day
It’s sad communication has evolved this way.
We use so many words but have so little to relay
as angels scribble down every letter that we say.
All the viral attachments sent and passionate insults we vent
It’s easy to be arrogant behind user passwords we invent.
But on the day the scrolls are laid, with every word and deed displayed,
when we read our accounts, I know, for one, I’ll be afraid.

That day I’ll be so afraid to read,
every harsh word that I’ve spoken - and every time I have lied.
I’ll be obliged to admit,
I’ll be obliged to submit
Will I have strength owning up to each deed I’ve tried to hide?
Oh Allah, I’m so afraid to read.
http://www.youtube.com/watch?v=PYLI5OQ8b1A

___________________________________________
This song is so beautiful. Truly made me fall in love.. Made me motivated.Made me cry... the meaning is so deep.. Ya Rabbi, no one can deny ur power..it lies everything.. nothing is excluded.. SubhanaAllah.. i afraid the day of judgement.. i afraid of it. too many evils i did..22 years i live, how many wrong doing i committed. Washes it away ya Rabbi.. forgive me ya Allah.. forgive me.. show the right path.. Ameen












Salam Imtihan..
SubhanAllah.. Alhamdulillah, Allahuakbar.
Selawat dan salam keatas nabi Muhammad, khatimul anbiya’.

Dalam fatrah menghadapi peperiksaaan akhir bagi tahun sem 2 2011/2012 ini, terasa  banyak masa terluang.   Enam paper yang  diambil sem ini jauh juga jaraknya.  Bukan bosan untuk mengulangkaji, tapi  terasa letih.  Baca sekejap, tidur. Begitulah berulang kali.. Tidur pla bukan tidur yang nyenyak.. Kalau orang lain tidur, ena juga dibuai mimpi yang indah.. Namun aku, tidur dibayangi nota. Letak je kepala diatas bantal, terus muncul teori-teori yang baru diulang kaji.. teori personality, formula stats, ethics..
Bila time tidur jer, terasa waktu tu lah otak paling aktif. Semua benda berada di pentas. Sewaktu mengulangkaji,  menyorok dibelakang pentas..  Memang menguji kepintaran betul. Psychology is very interesting, but yeah, terlalu menguji para pelajarnya..
Dalam mengenali nature diri sendiri, beginilah aku. Uniqueness kita berbeza.  Pembawakan yang aku senangi bukan sama dengan orang lain. Aku bukan orang yang boleh study di meja. Namun bukan jua dikatil.  Aku terasa kuning diwaktu malam.  Maka, aku harus cari waktu yang hijau agar waktuku dihabiskan dengan effektif.
Rindu
Sungguh perasaan itu tidak mampu dihakis. Rindu yang tidak bias ku luahkan. Sayangku yang tersimpan. Tidak mampu dizahirkan. Kasihku titip dari jauh.  Kudoakan mereka  selamat dimana mereka berada. Sungguh, Air Yang Dicincang Tidak Akan Putus. Tidak bisa ku berbicara panjang tentang mereka.


Cinta
Cinta sangat indah. Hadirnya mendamaikan. Terasa diri disayangi. Namun aura kejahatan sentiasa  cuba meracuni. Hadirnya menggugat diriku. Mohon ku padaMU, berikanlah kekuatan padaku untuk melawan perosak itu. Sungguh, andai ku nodai cintaku padaMu, akan ku tergelincir. Tergelincir ke lembah hina di pandanganMu ya Rabbi. Andai ku curang, aku akan melukai diriku sendiri. Menderhakai-Mu akan membinasakan diriku sendiri. Sungguh ku pohon perlindungan-Mu yang berterusan. Jika ku melupakan-Mu sesaat, ak ukan terasa ingin membuat kerosakan. Sungguh ku perlukan-Mu setiap masa. Cinta-Mu menuntuniku kearah ketenangan. Moga aku kan setia mencintai-Mu, ya Rabbi.