~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

01 December 2011

Ujian Kehidupan

bukan senang kita nak memotivasikan diri sendiri. Bukan senang untuk kita mengenali diri sendiri. Perlukan kekuatan dalaman yang jitu. Ahli Psikologi sendiri kadang-kadang  tidak mampu untuk mengawal diri mereka. Kenapa? Jawapannya, ada hutang yang kita belum bayar.


Pada siapa?


Hutang pada diri sendiri. Boleh jadi kita tidak menunaikan hak tubuh kita.
Boleh jadi kita tidak menunaikan hak pada Pencipta kita.Terlupa Peranan kita sebagai hambaNya.
Terlupa akan kewajipan kita sebagai anak mahupun ibubapa. Sehinggakan Allah menarik nikmat kebijaksaan ataupun Hikmah dari kita. Membuatkan kita tidak mampu untuk men"psiko" diri sendiri.


Tunaikanlah Haq


Hidup ini ada kitarannya. Dari mana kita datang, kemana kita akan pergi. Persoalan ini hanya membawa kita kejalan mengenali Allah, Rabbuna. Islam sebagai cara hidup  telah datang secara sempurna. Quran dan Sunnah sebagai panduan boleh membawa kita kejalan yang diredhai. Persoalannya, diri kita. Sama ada kita reflect, dan mengambil 'ibrah dari semua "panduan" ini. Apa guna akal  kalau kita tidak menggunakannya?




~Hikmah, senjata mu'min yang hilang~