~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

12 April 2011

kembali berkasih~

Sedar mahupun tidak, aku sudahpun menamatkan semester pertamaku. Kampus telah kutinggal buat sementara. Lebih kurang sebulan lagi baru akan aku kembali. Menuntut ilmu Allah yang tidak  akan habis. Tidak ku nafikan, aku sedikit teruja. Semester pertama, tidak banyak kuliah sampingan aku hadiri. Berkejar dengan yang wajib.
    
Semoga dengan penyusunan jadual ku  yang lebih teratur sem depan akan memberiku peluang untuk menghadiri kuliah-kuliah ilmu yang sampingan. Ilmu tidak datang bergolek, ia harus dicari. Dalam pencarian itu, pasti kita akan rasa kemanisan. Nakibahku pernah berkata, "Allah tidak memandang kepada hasil, tetapi melihat kepada proses".  Maksudnya, kita harus berusaha melakukan apa yang  kita mahu.

Tanpa usaha kita tidak akan dapat  melihat hasil. Allah tidak suka  kita bercakap sahaja, tetapi tidak melakukannya(Al-Saff : 2-3). Maka, kita harus berusaha, usaha itu akan dibalas oleh Allah swt nanti.sedikit usaha, maka sedikitlah ilmu...


                                                          usaha usaha usaha usaha ..