~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

18 February 2011

iBu....mek..bonda..emak..mama..ummi..

Wahai Sayangku,

engkau sentiasa di hatiku,

meskipun kIta tidak bertentangan mata,
engkau sentiasa terbayang di mataku,



Meskipun kita terpisah jauh,

aku sentiasa ingat kamu,

belaianmu aku rindu,

kasihmu,aku mahu,


Sayang,

tanpamu siapalah aku,

entahkan terurus entahkan terabai,

berjauhan denganmu membuatku sedih,

inginku sentiasa disampingmu,






Sayang,

Usia kita makin bertambah,

cintaku padamu jua kian bercambah,

ingin aku membelaimu,

ingin aku menjagamu,


Sayang,

maafkan aku,
aku terlalu jauh drpdmu,
tidak bisa aku belaimu,
tidak bisa aku berkhidmat kepadamu,
tidak bisa aku menjaga dan merawat sakitmu,


Aku sayang kamu,
aku rindu kamu,
aku cinta kamu,


Ya Allah,
panjangkanlah umur dia,
kurniakanlah kesihatan yang baik buatnya,
hanya padaMU aku meminta ya Rabbi,
kasih kami keranaMU,

buatmu, ibuku...


miss hde>Pn Kalthum


2011


(kami sentiasa mengasihimu wahai ibu,


meskipun kita berjauhan,jika "mereka" tidak menghargaimu,


kami anak-anakmu tetap ada untukmu,


dan Allah,ada bersama kita,semoga deritamu hanya di dunia,


Ya Allah,padamu aku panjatkan doa,


ampunilah kami,terimalah taubat kami,


semoga kami dapat melayari bahtera dunia ini sebaiknya menuju


taman Mardhotillah,ameeen)


pandulah hidup kami,