~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

30 November 2010

Alhamdulillah.selesai juga..

Majlis sambut menantu di rumah ku sudahpun selesai. Ramai tetamu hadir walaupun hari hujan dan kawasan rumahku sedikit becak. Namun kawanku yg belajar di universiti berdekatan tidak dapat hadir.Tersilap tarikh katanya.Tidak mengapalah.Enam adik beradikku sudahpun bertemu pasangan.Harap-harap tahun depam kakakku pula.amin..
Semasa majlis berlansung,ada beberapa tetamu yang hadir duduk bersembang dgn kami(aku,dan 2 kakakku).dan perbualan diakhiri dgn ayat-ayat yang membuatku gelihati dan ketawa."tahun depan hok ni pulok"kata beberapa oorang tetamu sambil menepuk bahuku."Aku?,nape lak.Kakak aku la..Huhuhu..kataku.

25 November 2010

Dalam uSus ada Apa?

Beberapa hari lepas, bersama dgn abgku Rusli telah keluar bersama untuk membeli barang-barang perkahwinan abgku, Azman. Jalan yang sesak menuju ke bandar membuatkan kami berasa amat bosan.Hampir dua jam baru kami sampai ke destinasi. Perjalanan biasa hanya mengambil masa 20 minit.Perut mula berkeroncang meminta diisi. Lantas kami mengatur langkah menuju ke gerai -gerai yang berdekatan. Mata melilau memerhati gerai yang bersih dan pelayannya menutup aurat. Yeah,itupun dia. Kami memasuki gerai terpilih. Mihun sup perut menjadi pilihanku, dan abgku memesan sup perut dan usus.Permulaan kami makan dgn penuh nikmat besama air kacang soya Lactasoy.


  Namun tatkala usus lembu memasuki mulut abgku, pahit terasa. Pelik. Sepanjang kami makan usus sebelum ni tak pernah merasa pahit.Lantas abgku menyuruh ku berhenti makan. Lntas abgku menekan perut tersebut. Maka keluarlah pepejal yang bercampur cecair berwarna kuning kehijauan. Ku perhatikan muka abgku.Hemm,berubah air muka dia. Abangku memanggil tuan kedai dan bertanya apa yang dia nampak(sambil menunjukkan apa yang keluar dari usus),namun dengan muka tak bersalah dia membiarkan dan lansung x memandang muka abgku dan kembali ke dapur.Huhu.TIidak menghormati pelanngan lansung.Malah dengan ekor mata dia menyuruh pekerjanya melayan abgku dan dia bersembunyi di sebalik cermin kedai.

"ni gapo ni?,tanya abgku. 
 "isi dia la tu",jawab pekerja wanita tersebut.
"isi?isi ke tahi?tukas abgku.
Aku tersenyum .Apa lagi isi dalam usus kalau x +#@%.
"isi dia.isi dia,jawab pekerja perempuan tadi ketakutan sambil meninggalkan kami.

Nasib baik nada abgku tidak tinggi,kalau tak malu  la warga kedai tu. Abgku makin geram lantas memanggil pekerja kedai tersebut tuk mengira harga makanan.
RM15. Abgku menhulurkan duit sambil memberi nasihat agar menjaga kebersihan dan mengatakan,ini adalah penganiayaan. Menjual makanan yang kotor,bukan cara islam.Sekali terkena,siapa nak datang? Habis macam mana nak berbisnes.