~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

27 June 2010

ITS UP TO US...


...


there are too many ways to help..
talk n talk n talk only sometimes is useless..
make it into action..
Adakah mencukupi kita nak membantu sahabat kita yang cedera parah dgn hanya mengatakan"sabar,sabar".our friend is in pain.injured.take him/she to hospital la.

He has power to do good deed.should him just use his
heart to do good deed?

cegahlah kemungkaran.
dengan tangan-kuasa
dengan lidah-jika tidak mampu,
dengan hati-demikian,selemah-lemah iman

Wajarkah kita sebagai pemimpin utama negara yg beragama Islam cegah dengan hati?
wallahua'lam.

Buat para peniaga islam,Keuntungan memang penting,dapat menjana ekonomi islam.tapi sejauh mana anda membantu islam dan saudara seislam anda?
halalkah barangan jualan anda?
tahukah anda apa hukum seorang Muslim menjual barangan yag tidak halal ?
pernahkah anda memikirkan kesan akibat menjual baranagn yg tidak halal?
anda ingin mengatakan bahawa takkan saya nak pikir semua tu?
x sempat masa nak selidik satu-satu?
atau anda ingin katakan,:"saya tidak boleh berfikir dari sudut itu jika saya ingin berjaya dan mengaut untung"?

this is the barriers.

MasyaAllah,the best triumph in islam is come from the heart that make Islam is the centre of making decicion.
_____________________________________
________________________________________________





CIRI-CIRI ISLAM (KHASAIS AL-ISLAM)
Ciri-ciri Islam merupakan satu daripada ciri-ciri keistimewaan Islam yang merupakan titik perbezaan antara Islam dengan agama-agama lain di dunia ini.
Ciri-ciri Islam:

Rabbaniyyah
Ianya membawa erti bahawa Islam ini datangnya daripada Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana segala ketentuan yang telah ditetapkan. Seseorang itu disebut rabbani apabila mempunyai hubungan yang erat dengan Allah.
Sudut Rabbani ini terbahagi kepada dua bahagian:
1. Rabbani dari sudut matlamat dan tujuan.
Ia bererti Islam menjadikan hubungan yang baik dengan Allah dan mendapat keredhaanNya sebagai matlamat terakhir kehidupan. Inilah matlamat hidup insane di dunia ini. Kesemua ajaran Islam baik yang bersangkutan dengan aqidah, muamalah, akhlak dan lain-lain adalah bertujuan untuk menyipakan manusia supaya menjadi hamba kepada Allah semata-mata.
Kesan Rabbaniyyah
a. Mengetahui matlamat hidup manusia di dunia.
b. Mengenal fitrah
c. Selamat dari pertentangan dengan diri sendiri
d. Bebas dari sifat perhambaan ananiyah (keakuan) dan runtunan hawa nafsu
2. Rabbani dari sudut manhaj dan sumber.
Rabbani dari sudut manhaj bererti manhaj ini adalah rabbani kerana bersumberkan kepada wahyu Ilahi kepada Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam. Sumber ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah kepada sebesar-besar perkara.
Kesan sumber dan manhaj rabbani
a. Islam terhindar dari segala bentuk kekurangan
b. Terhindar dari pengaruh kekayaan
c. Islam sesuai untuk semua manusia
d. Mendapat penghormatan dan kehebatan

Syumuliyyah
Ia bererti ajaran Islam lengkap dan meyeluruh. Ruang lingkup ajaran Islam adalah mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia tanpa kecuali dari sekecil-kecil urusan sampailah ke sebesar-besar perkara.
1. Sudut kesyumulan Islam
Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia untuk mengatur hubungan sesame manusia. Islam telah menjelaskan hukuman-hukuman terhadap mereka yang melanggar hukuman sama ada yang berkaitan dengan sivil atau jenayah seperti hukuman hudud dan qisas (bunuh balas).
Hukum yang bersangkutan dengan urusan hubungan manusia dengan Allah seperti solat, haji, puasa, dan ibadah lain. Hukum-hukum yang mengatur hubungan antara manusia dengan manusia lain seperti hukum nikah, muamalah, kehakiman, hukum berkait dengan pemerintahan Negara, harta dan hukuman denda kepada pesalah yang melakukan kesalahan.
2. Keadilan
Islam telah memeperjuangkan keadilan. Keadilan dalam Islam adalah memberi hak kepada yang berhak tanpa sebarang kekurangan. Keadilan wajib diberikan kepada semua insan baik muslim, musuh Islam atau kawan, ahli keluarga, atau bukan ahli keluarga.
3. Kehakiman
Islam mengemukakan sistem kehakiman. Ini bermaksud bahawa Islam menentukan di dalam hubungan permasalahan sesame manusia kerana manusia sangat memerlukan seorang hakim yang dapat menghukum dan menyelesaikan perselisihan mereka serta dapat mengembalikan hak kepada yang empunya hak.
Islam telah meletakkan bahawa kehakiman merupakan fardhu. Di mana setiap hakim Muslim mestilah menjatuhkan hukuman mengikut yang telah ditentukan oleh Allah.
4. Negara
Dalam soal bernegara, Islam telah menjelaskan hukum-hukum berkenaan persoalan negara. Islam bukanlah terbatas dalam lingkungan hubungan di antara manusia dengan Allah sahaja, malah menyusun hubungan manusia sesame manusia dan hubungan jamaah dengan jamaah lain.
Ketua negara dipilih di kalangan orang-orang Islam sesuai dengan syarat-syarat seperti sifat Quwwah dan Amanah. Peranan ketua negara Islam ialah melaksanakan syariat dan membimbing manusia untuk melakukannya.
5. Akhlak
Islam mengambil berat soal akhlak. Pengambilan berat Islam terhadap akhlak jelas dengan apa yang digariskan oleh Al-Quran tentang sifat-sifat dan akhlak yang perlu dimiliki oleh orang-orang yang beriman.
6. Ilmu
Ilmu yang dimaksudkan di sini ialah makrifat dan mengenali hakikat sesuai dengan tepat dan mengetahui sesuatu yang diturunkan oleh Allah, mengetahui tujuan manusia diwujudkan oleh Allah dan kehidupan akhirat yang mengakhiri manusia. Ilmu yang paling tinggi ialah ilmu yang boleh membawa kepada mengenali Allah.

Alamiyyah
Alamiyyah bermakna sesuai untuk semua orang dan tempat. Islam sesuai untuk orang Arab, Melayu, Cina, India dan juga bangsa-bangsa lain di dunia ini. Ia bukan untuk segolongan atau satu bangsa sahaja. Ia juga sesuai di semua tempat sama ada di Kutub Selatan, Khatulistiwa, dan sebagainya. Ia juga sesuai untuk semua zaman sama ada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wasallam atau zaman teknologi moden yang canggih ini. Sesuai sampai ke hari qiamat.
Islam meraikan kehendak dan keperluan manusia dalam beberapa perkara seperti:
a. Dharuriyyat
Iaitu kehidupan manusia tidak akan wujud dengan ketiadaannya. Perkara-perkara dharuriyyat ini perlu untuk menjaga aqal, agama, jiwa, keturunan, dan harta.
b. Hajiyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup. Namun manusia hidup tanpa kewujudannya.
c. Tahsiniyyat
Iaitu perkara yang diperlukan oleh manusia untuk hidup dengan lebih mulia. Di mana ketiadaannya tidak menjejaskan kehidupan manusia. Ia lebih mirip kepada unsur kesempurnaan dan kemewahan.

Waqieyyah
Islam adalah mengikut suasana dan tempat. Contohnya: Islam mewajibkan menutup aurat tetapi cara perlaksanaannya mengikut tempat dan suasana di mana seseorang Muslim itu berada.

Inqilabiyyah
Menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam tidak boleh bercampur dengan jahiliyyah. Islam juga tidak boleh ditempel-tempelkan pada system jahiliyyah.

Thabat dan Murunah
Tetap dari segi prinsip dan hukum tetapi anjal atau fleksibel dari segi perlaksanaannya. Sebagai contohnya: Solat adalah wajib dan perlaksanaannya boleh dibuat secara jama dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Begitu juga ketika seseorang Muslim itu sedang sakit maka dia boleh melaksanakannya dalam keadaan duduk, baring atau bertelentang mengikut kemampuannya.

________________________________________________________
_____________________________
Herm...
buat semua ummat islam dan buat diri sendiri juga,fahamilah ciri-ciri Islam ini.Moga,segala keputusan,segala perbuatan kita selepas ini, adalah selari dan berpandukan ajaran agama Islam.Hayatilah Keindahan agama kita kerana,
Islam itu cantik,dan kitalah yg bertanggungjawab mencantikkannya lagi(melalui amalan)
kita.Wallaua'lam.

Ya Allah,jika aku jatuh hati...

video

24 June 2010



Setiap pertemuan,pasti ada perpisahan.Dan setiap Kehidupan, pasti berakhir dengan kematian.Ajal,jodoh,rezeki,semestinya sudah tertulis di luh mahfuz.Usah dibimbangi.usah menyibukkan diri mencari.Segalanya pasti akan tiba dan datang pada waktunya.Usah dijalankan "experimen mencuba".Usah.MATI-NYAWA bukan milik kita.Andai ajal mu esok,esoklah..takkan Sekarang ataupun lusa.Jodoh,usah la difikirkan sangat.jodoh mu pasti akan datang bila tiba masanya.Cari pengalaman?
Bercinta demi pengalaman dahulu sebelum bercinta degan pasangan sebenar?Ketahuilah,itu bukan cari pengalaman,tapi cari Dosa.Bercinta banyak bermain dengan perasaan.Dan bila bermain perasaan,byk la kata "manis" akan terucap,panggilan manja..etc that may contribute to "zina".Zina hati.Zina mata usah dicerita.jika kita x menjaga hati kita,mata kita,macam mana kita nak jaga iman?Iman adalah mutiara yg paling berharga dalam hidup kita.Bukan harta benda.Bukan jua paras rupa.Tetapi Iman kita wahai saudara..






Jagalah iman kita sebaik mungkin.Jagalah hati.Sesungguhnya,jika buruk hati,buruklah amalan,buruklah segalanya..Berdoalah selalu,moga Allah memelihara hati dan iman kita.

"YA ALLAH,YA MUQALIBAL QULUB, SABBIT QULUBANA 'ALA DINIK, SABBIT QULUBANA 'ALA DINIK,
SABBIT QULUBANA 'ALA DINIK YA ALLAH,FAWASIKILLAHUMMARA BITOTAHA WA ADIM WUDDAHA WAWAHDIHA SUBULAHA WAMLA AHA BINURIKALLAZI LA YAHBU,WASYRAH SUDUROHA BIFAIDHIL IMANIBIK.WAJAMILU TAWAKKULIT ALAIK, WA AHYIHA BIMAKRIFATIK WA AMITHA A'LA SYAHADATI FI SABILIK, INNAKA NIKMAL MAULA WANIKMAN NASIR"

Semoga,jika kita bercinta,cinta kita adalah demi ALLAH S.W.T.
jagalah hati,jangan kau kotori..jagalah hati mentera hidup ini..~



22 June 2010

bila diri ini con.....

Entahlah..akhir2 ini,tersa jiwa berantakan.difikir-fikir,penyelesaiannye ada.. cuma diri ini pelik sedikit.walaupun tahu potensi diri,entah mengapa,susah menerima diri sendiri.bukan x bersyukur.kadang2 kalah pada ..??pada apa?,..x tau apa yg ada kat otak sebenarnya,segala bercampur aduk..campurization.bukan x leh nak asing2kan,tapi segalanya harus "aku" yg selesaikan.rasa nak tinggalkan 1,but can not.wanna to say tired,not really.but i really i cannot manage it very well.i hv to do sth.i know wht to do.but,can i do?i have to choose.i hv to leave 1 of them.but i really x smpai hati.when i think about this,i do remember 1 thing,latent.i dont want to describe what is that,find ur self k.i should leave the latent.is that the best for me..i hv to think deeply.i think abt it already.huhu..ya Allah,i'm sick of this kind of think.when i can free my self from thinking this kind of thing..yeah..i should not make look it as a problem..huhu..

18 June 2010

C.I.N.T.A..TAZKIRAH dari Adik..



Setiap kali ana membuat program,ana suka memberi peluang kepada adik-adik untuk memberi tazkirah.Yes,the most famous topic that adik-adik suka bg x lari dari...C.i.n.t.A.
DAN,apa yg paling ana suka tnya kat adik-dik......status..hehe..n most of them gonna said..single BUT not AVAILABLE.heHeh[,"]

08 June 2010

Tokoh yang di kagumi..

Al-Khindi

Abu Yusuf Yaqub ibn Ishaq al-Kindi (185-252H / 801-873M), dilahirkan di Kufah, Iraq Keturunan suku kaum Kindah yg berpindah dari Yaman Menulis lebih 273 penerbitan dlm pelbagai bidang.
Kebanyakan hasil kerjanya hingga kini tidak ditemui kecuali beberapa terjemahan Latin. Beliau pakar pemikiran dalam pelbagai bidang contohnya; falsafah, matematik&geometri, psikologi,musik & geografi,perubatan,astronomi dan fizik. Beliau dianggap sebagai ahli falsafah Muslim yg pertama & terulung, hanya diatasi oleh tokoh hebat spt sebagai al-Farabi & Ibn Sina kemudiannya.
Beliau merupakan orang pertama yang berjaya menentukan secara sistematik dos unutk menghasilkan ubat.Beliau juga merupakan penterjemah terawal yang terlibat dalam menterjemah hasil karya dalam bahasa Yunani ke bahasa Arab.

02 June 2010

Merawat Otak teracun


iman adalah mutiara...

di dalam hati manusia...
yang meyakini ALLAH
MAHA ESA... MAHA KUASA...
tanpamu iman bagaimanalah...
merasa diri hamba padaNYA...
tanpamu iman bagaimanalah...
menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa...
iman tak dapat diwarisi...
dari seorang ayah yang bertaqwa...
ia tak dapat dijual-beli...
ia tiada di tepian pantai...
walau apapun caranya jua...
engkau mendaki gunung yang tinggi...
engkau berentas lautan api...
namun tak dapat jua dimiliki...
jika tidak kembali pada ALLAH...
iman adalah mutiara...
di dalam hati manusia...
yang meyakini ALLAH
MAHA ESA... MAHA KUASA...
tanpamu iman bagaimanalah...
merasa diri hamba padaNYA...
tanpamu iman bagaimanalah...
menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa...
[ iman mutiara lyric found on www.lirik.my ]
iman tak dapat diwarisi...
dari seorang ayah yang bertaqwa...
ia tak dapat dijual-beli...
ia tiada di tepian pantai...
walau apapun caranya jua...
engkau mendaki gunung yang tinggi...
engkau berentas lautan api...
namun tak dapat jua dimiliki...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...
jika tidak kembali pada ALLAH...


Satu ketika dahulu,ana(sy)pernah berada dalam keadaan depressed.Not for one day,but more.At that time,we (student) had been exposed to a video n had discussion on that topic which made many student a step to believe that this world gonna come to the end in 2012.guys,u got the point? here i tend to tell u that video that show about a prediction of kiamat.Frankly speaking,i was quite depressed at that time because everyone around me talking about that n made me a step to believe to.what was in my mind at that time is only,

"amalan aku x cukup lg..takutnya nk mati"

and
"kalu boleh aku nk mati cpt,aku takut x dpt bertahan dgn godaan dajjal nanti".

Wah..memang masa tu ana tidak dapat berfikir dgn baik.Always in emotional n been negative.However,after i went back to my village,i got rest n enjoying doing what i love to do, i had think something.
Astaghfirullah hal a'zim,i was a step to believe what had human provide to us just like that without thinking deeply.What i have done? Aku hampir-hampir syirik ke dah syirik?oh my god.
Itu hanya jangkaan manusia semata-mata.Bukankah hanya Allah yg mengetahui tentang bilakah hari kiamat akan terjadi? Astaghfirullah Hal A'zim..berdosa betul aku.moga taubatku di terima.Ya Allah,sesungguhnya hambaMu ini percaya,engkaulah yg paling berkuasa dan maha mengetahui.ampunkan dosa hambamu ini ya Allah.

Sukar sebenarnya untuk kita menyedari dosa syirik yg kita telah lakukan.Tetapi,jika kita mengamalkan perbuatan muhasabah diri yg berterusan,insyaAllah,kita akan menyedarinya. Buat teman semua,bermuhasabahlah sentiasa agar diri kita ,iman kita,ilmu kita dapat diupgradekan.
Semoga kita semua masih sempat bertaubat kepada Allah atas segala kesalahan kita semasa hidup.Walaupun kita dedahkan bahawa dosa syirik x diampunkan oleh Allah SWT taala, teruskanlah jua memohon ampun dan janganlah berputus asa.Sesungguhnya,Allah itu Maha pengampun dan menerima taubat hamba-hambaNya.
Kita manusia yang tidak lepas dari melakukan khilaf dan dosa,namun ingatlah,dari itu semualah kita akan bangkit.Belajar melalui kesilapan dan tauladan.

WaKenaBeb...

Today was my first time entered to Cct( critical& creative thinking) class. 20 minutes first was very stressed. My lecturer, a bro entered the class with very serious face n without smile. He asked us to balance the class with same number for both side and leaves.After that,he came back,but he still dissatisfied. Then he lectured us on our mistake..bla..bla..bla..n he said that we did not need him because we just silent when he tried to psycho us.when we spoke out our opinion, he listened but again he tried to psycho us and make us silent.o tho kajo...then he tried to make us to speak again and ask us to answer his questions and at the same time he threat us,if we did not answered,he may leave.We silence.Thinking how to answer his question even though the answer was in our mind.Then, he show his "bengang" face to us and he asked us to close our eyes. After two time he asked us to do so,we followed his wishes.we closed our eyes.after a few second,he asks us to open back our eyes.Guess what he says???

"just kiding ,hahaha...WaKenaBeb" ...
omg,.....huh...... then he adds,"usually,when people see my teeth,they gonna laugh".Then we laugh..yeah,one of his teeth at the in front is missing.haha..this is the first introduction for us to CCT subject that he was prepared for us..