~


~_^ B.e.t.t.e.r.m.e.n.t ~_^

what make people become more better and better? What make them be the Best?What make them inspired by others?
What make them Success?

27 April 2010

Apa nak jadi?

Bismillahirramanirrahim..


Assalamualaikum..sudah lama rasanya aku x menulis.Kali ini,aku menulis.Sudah lama rasanya aku ingin berbicara tentang satu hal ni..entah mengapa,aku amat sensitif akan perkara ini.. Kes buang bayi..Sama ada buang sahaja,bunuh buang atau apa pun,semua aku menyakitkan hati aku jer bila didengar..mengapa??..





Sekarang ini,kita sering mendengar tentang kes pembuangan bayi.Di tepi longkang,di tepi sungai , di dalam tong sampah,malah ada yang sanggupmembunuh dan menyembunyikan mayat bayi yang tidak berdosa ini didalam tong cat yang berisi air.di manakah belas kasihan mereka menghilang? Malas rasanya aku untuk membincang punca atau faktor kepada semua ini.Sudah pasti anda puas membaca tentangnya.Apa yang ingin aku katakan,nampaknya,kita sudah terlalu hampir dgn kiamat..Bukankah ini semua tanda-tanda kiamat sudah hampir iba.Bayi dan manusia idak berdosa dibunuh merata-rata,zina dan masiat berleluasa,si waham berkuasa,si lelaki menjadi betina(maaf ayat terlalu kasar) ,perang sini sana dan manusia lupa tuhannya..




Di sini,aku ingin sekali meluahkan perasaan.Bagi ibu yang membuang bayi mereka,di manakah perasaan kewanitaanmu? di manakah jiwa ragamu?apakah langsung tiada belas kasihan pada bayi mu yang dikau buang? ke manakah hilangnya akalmu?adakah kepenatan sembilan bulan mengandung anak yang yg tidak berdosa itu tidak menyedarkan kamu tentang hakikat dan dosa yang engkau buat?




buat lelaki di luar sana..


adakah wanita dan keseronokan yang dikau kejar selama ini hanyalah permainan bagimu? sedarkah engkau,bahawa kita semua manusia, adalah insan yang berakal dan bukan barang mainan yang bisa dipermainkan begitu sahaja?Ada harga yang harus kamu bayar wahai teman..Ada harga.tIDAK AKAN TERLEPAS walau sekalipun dikau membayar 999 billion$.Never!!




Membunuh hukum syariahnya adalah bunuh balik.




Pernah daku terfikir,adakah mereka tidak pernah BERfikir apakah kesan hasil hubungan mereka(pnzina)? biarlah..aku malas berbicara ttng mereka lagi.balik2,kurang didikan agama jugak puncanya.




ayuh kita sorot pada ibubapa.anak-anak amanah.Sebelum mendapat anak,adakah mereka fikir apakah yang ingin mereka berikan kapada anak-anak mereka?kemewahan? melihat mereka cerdik dlm akademik?apa? hari ini,aku dikelilingi dengan masyarakat yang amat selfish.jua ramai golongan yg pandai.tapi kepandaian mereka..???


Golongan ibubapa amnya, kebnyakan sudah tidak peduli kepada pembangunan rohani anak-anak. Di kampung mahupun di bandar,sama saja.Mereka membiarkan anak-anak menjalani kehidupan mereka tanpa pengawasan.Malah ank yang bersekolah dipaksa menjaga adik yang berumur 4 tahun di rumah.Pengajiannya terabai. si Ibu dan ayah asyik mencari wang.Amanah berharga dari Allah ditinggalkan begitu sahaja.Namun,bila si anak mula buat perangai,mereka melenting.Dikatakan cikgu tak Pandai mengajar.huh,..apa apa jelah.. Rasulullah dah bersabda dulu,bahawa menjaga anak perempuan seorang lebih susah dari menjaga sekandang unta.tahukah mereka betapa besarnya akan tanggungjawab mereka sebagai ibubapa??